Tuesday, 24 May 2011
Friday, 20 May 2011
Disebalik "Movement of Change Sabah"!!!
Kata orang walaupun nyamuk itu serangga kecil, tetapi amat bahaya. Bisa membawa malaria dan juga denggi.
Pada Rabu lalu sekumpulan individu yang menggelarkan diri mereka sebagai agen untuk Movement of Change Sabah aka MoCS telah ditubuhkan. Penubuhan MoCS sepertimana dakwaan NGO itu adalah untuk menukar kepimpinan negeri, yang kini diketuai oleh Datuk Seri Musa bin Haji Aman.
Musa adalah Ketua Menteri Sabah sejak tahun 2002-selepas mengambil alih daripada Tan Sri Chong Kah kiat. Pada PRU-2004- Musa mengetuai BN Negeri dan menang dengan bergaya, kecuali kalah di DUN Kuala Penyu.
Pada PRU-2008, walaupun Musa dengan beraninya mengenepikan beberapa pemimpin besar seperti DSP Salleh Said, TS Pandikar dan Datuk Amir Kahar, namun BN berjaya menang 59 kerusi DUN dan 24 kerusi Parlimen. Adun yang terlepas adalah DUN Sri Tanjong, sementara Parlimen adalah Kota Kinabalu-kedua-duanya kepada DAP.
November 2010, pada PRK Batu Sapi-pertama di Sabah selepas tsunami politik peringkat kebangsaan, BN menang mudah melalui pertandingan tiga penjuru-calon SAPP melalui Datuk Yong Teck Lee, Calon PKR melalui Ansari Abdullah dan PBS melalui Linda Tsen. Linda yang mewakili BN menang dengan pertambahan majoriti yang sangat ketara.
Daripada segi politik, kehebatan Musa Aman, sukar diganggu gugat, apatah lagi sokongan padu daripada Timbalan Pengerusi Umno Negeri DSP Salleh dan juga sokongan yang tidak bebelah bagi daripada Tan Sri Pairin Kitingan-Presiden PBS yang juga Timbalan Ketua Menteri.
Dari segi perekonomian-Sabah untuk pertama kalinya mendapat pendapatan di atas 3 bilion setahun, semuanya berlaku di bawah petadbiran Musa Aman. Bukan mudah mendapat pendapatan di atas 3b, memandangkan sumber utama Sabah sebelumnya seperti kayu balak, tidak lagi menjadi penyumbang.
Musa Aman mengurus pentadbiran negeri seperti mengurus sebuah syarikat besar, mementingkan keputusan "bottom line"- ertinya mengurus kewangan negeri sangat telus dan teratur, sehingga ketua Audit negara memberikan "Thumbs Up" kepada pengurusan kewangan negeri.
Bagi kami, disebalik kemunculan MoCS adalah kelemahan Musa Aman mengagihkan kek melalui ilmu politik, sebaliknya cara Musa lebih tertumpu kepada cara korporat. Jika MA menseimbangkan antara metoda politik dan korporat, kami yakin dan pasti, kumpulan MoCS yang mengadakan sidang akhbar pada Rabu, tidak akan wujud.
Jangan pandang remeh kudis kecil, mungkin itu punca kanser. Fikir-fikirkan lah.

BERLAGAK KAYA MENJADIKAN KITA PAPA KEDANA
Ada pihak yang begitu bersungguh-sungguh ingin mempromosi atau menunjuk-nunjukkan kekayaannya, padahal ahli hikmah telah mengungkapkan: “Jika seseorang perlu memberitahu orang lain yang dia kaya, dia sebenarnya tidak kaya.”
Ironinya, ramai si kaya ‘jadi-jadian’ yang menanggung hutang secara diam-diam atau hidup menjadi penipu (conman) sepanjang zaman atau terpaksa mati sebagai seorang miskin pada akhir hayatnya.
Peringatan untuk diri sendiri, kekayaan, harta dunia akan habis, manakala ilmu adalah harta dunia yang tidak akan pernah habis

P.U.T.A.T.A.N_D.E.S.A.P.O.L.I.T.A.N
Putatan hanyalah sebuah pekan kecil yang mempunyai penduduk kurang daripada 30,000 orang kira-kira 16 tahun yang lalu. Tetapi sekarang, ia berkembang menjadi sebuah daerah yang ada kira-kira 70,000 penduduk. Kini terdapat banyak barisan kedai-kedai, pusat beli-belah baru, pasaraya, hipermarket, bank-bank, restoran makanan segera dari Amerika, sebuah kolej dan kira-kira 60 taman perumahan serta 44 kampung. Sebuah hotel lima bintang 200 bilik sedang dalam pembinaan. Dan lelaki yang mengubah Putatan pada hari ini adalah Datuk Yahya Hussin. Beliau memastikan Putatan maju sejak menjadi wakil rakyat Petagas pada 1994.
Satu ketika dulu, ia adalah daerah kecil Penampang. Putatan kini sebuah daerah berdiri sendiri. Ia menjadi daerah tiga tahun yang lalu dan mempunyai majlis daerah yang akan mula bertugas pada tahun depan. Seramai 18 ahli majlisnya mengangkat sumpah di depan Yahya, Timbalan Ketua Menteri Sabah pada 2 Disember. Lapan daripada mereka pernah berkhidmat dengan majlis daerah Penampang.
Kerajaan Sabah memperuntukkan RM500,000 untuk menubuhkan Majlis Daerah Putatan. Yahya, yang juga menteri pertanian dan industri makanan memberi amaran kepada ahli majlis yang tugas mereka tidak mudah untuk mengurus daerah baru yang sedang berkembang pesat.
Perubahan wajah Putatan
"Kami ada jangkaan yang tinggi terhadap Majlis Daerah Putatan untuk menjadikannya sebagai sebuah pekan yang bersih dan cantik," katanya memberitahu mereka, menambah bahawa beliau menjangkakan mereka untuk menyelesaikan masalah pembuangan sampah, perparitan dan kumbahan teratur serta kemudahan asas awam yang lain.
Majlis daerah akan mendapat di antara RM1juta dan RM3 juta daripada kerajaan Sabah untuk melaksanakan pelbagai urusan mereka, kata Datuk Hajiji Noor, menteri kerajaan tempatan dan perumahan.
Hajiji menyamakan majlis daerah seperti "kerajaan ketiga" kerana mereka adalah pihak yang akan berhubungan secara langsung dengan rakyat yang mempunyai jangkaan tinggi terhadap mereka.
Hajiji Noor
"Mengetepikan birokrasi dan memudahkan orang awam untuk membuat bayaran di lebih banyak kaunter atau mengaksesnya secara online kepada perkhidmatan majlis akan membuatkan rakyat suka kepada kerajaan," katanya. "Anda perlu bercampur gaul dengan penduduk dan mengetahui apa yang mereka mahu."
Awang Ghani Yusop
Awang Abdul Ghani Yusop, pegawai daerah pertama Putatan amat teruja dengan masa depan Putatan di mana kerja-kerja binaan di sana-sini berlaku dengan pantas. Pusat beli belah The One Place dijangka dibuka dalam masa dua tahun dan unit apartment kos sederhana dibawah skim kerajaan SPNB sebanyak 1,120 unit juga sedang dalam pembinaan.
Beliau melihat Putatan berpotensi untuk sektor pelancongan kerana wujudnya landasan keretapi di tengah-tengah pekan dan hotel mewah. Buat masa ini, beliau memberi perhatian kepada kebersihan Putatan dan meminta tujuh lagi trak sampah dihantar untuk kegunaan majlis daerah itu. Pada masa ini, majlis sudah ada tujuh trak.
"Saya meminta daripada kerajaan sebanyak RM1 juta untuk mencantikkan Putatan, membina kumbahan dan perparitan yang teratur serta memperbesarkan jalan-jalan di kawasan perumahan," kata Ghani.
Beliau juga mahukan lebuh raya Putatan yang ada empat lorong ditambah kepada enam lorong dan mahu jalan besar dekat pantai sepanjang 7 kilometer dibina dari Kinarut ke pekan Tanjung Aru.
"Kami juga mahu meneroka potensi sukan dan rekreasi di sungai Putatan dan Petagas," katanya. "Mungkin kita boleh adakan sukan sungai seperti berkayak di sana."
Majlisnya akan ada 22 jawatankuasa untuk menjaga kebersihan, undang-undang kecil, kesihatan dan pelesenan.

Saturday, 14 May 2011
Bola Jaring
Ini sejarah netball yang dipetik dari sumber boleh dipercayai.... Apabila Dr James Naisnith yang berasal dari Kanada telah mencipta permainan bola keranjang bagi penuntut Bahagian Latihan Fizikal,Kolej Springfield di YMCA Amerika sekitar tahun 1891,tanpa beliau sedari beliau juga telah mencipta satu lagi permainan yang hamper sama dengan bola keranjang iaitu Bola Jaring.Pada 1895,Dr Tales telah membawa masuk permainan ini ke England yang pada asalnya dikenali sebagi Basket Ball.
Permainan Bola Jaring amat popular di eropah terutamanya di Australia dan juga di New Zealand.Bahkan dalam masa yang singkat sahaja permainan ini telah berkembang ke Afrika,United Kingdom,Kepulauan Caribean dan juga Asia. Permainan Bola Jaring diambil dari permainan Bola Keranjang.Bola Jaring telah diperkenalkan oleh pelajar Kolej Latihan Fizikal Madame Ostenberg di Hampstead England.Permainan Bola Jaring dulunya dikenali sebagai Bola Keranjang perempuan.Pada awalnya permainan ini tidak mempunyai undang-undang dan tiada garisan di gelanggang.Golnya pun hanya diperbuat dari tong sampah yang digantung di suatu sudut.Disebabkan menggunakan tong sampah,jika bola dimasukkan maka pemain terpaksa memanjat untuk mengambilnya dan ini amat menyusahkan pemain.
Selepas 2 tahun permainan tidak lagi dimainkan di dalam dewan tetapi diluar dewan.Kelangkapan permainan juga telah ditukar.Gelung telah digunakan bagi menggantikan tong sampah bahkan gelanggang telah dibuat garisan.Gelanggang telah dibahagikan kepada 3 bahagian yang sama besar.Bola yang lebih besar juga telah digunakan.Pada awalnya Bola Jaring hanya dimainkan oleh perempuan.Oleh itu,baju bagi sukan ini juga telah diperkenalkan dimana pemain dikehendaki memakai skirt yang panjang dan baju yang berlengan besar.Undang-undang permainan pertama sekali dicipta pada 1901 iaitu tidak lama selepas penciptaannya.Disebabkan permainan ini diasaskan lewat abad ke 19,maka ia berkembang sekitar awal abad ke 20.
Permainan ini telah disebarkan oleh pederi dan pendakwah Kristian ke seluruh jajahan takluk British seperti Australia dan New Zealand.Walaupun permainan ia diasaskan di Britain namun New Zealand mendahului dalam menubuhkan persatuan Bola Jaring pada 1924 kemudian diikuti oleh Britain 1926 dan Australia 1927.Australia dan New Zealand telah bertindak membuat peraturan sendiri bagi permainan ini sehinggalah tahun 1938.Pertandingan pertama Bola Jaring ini diadakan pada 1963 yang mana menyaksikan Australia memenangi pertandingan tersebut dengan mengatasi New Zealand dengan satu mata.Ini menyaksikan Australia merupakan Negara pertama yang memenangi pertandingan ini.
Majulah Sukan Untuk Negara. Minum Milo Anda Jadi Sihat & Kuat.
Cheritera Chenta ♥♥
Setiap orang mesti ada cinta pertama... aku? hurm.. aku pun x tau macam mana mau definisikan cinta pertama.. yang aku tau aku start couple ngan someone, time form 3..dengan "A" bukan nama sebenar.. Haha... Lucu! Gila ehhh.. Tiada2 bha.. Then beralih kepada senior di Sekolah, "F" ...end up dengan break juga... then move on to my Senior next to my ex class, "A" bukan nama sebenar.. dengan dia lama juga.. more than 1 year, but putus tengah jalan juga sbb org ke-3.. for sure bukan aku yg ada org ke-3.. then move on with someone name "A.Z"...seriously time ne setia brabis, tapi nda tau lah.. tiada yg sempurna~ (T_T)... time upper6 continue dengan "R"... tapi ne lagi sande.. tropod oleh my jiran, Neville~ he he he.. then move on to "S"... I'm happy with him, tapi apakan daya ada org batu api! hu hu hu... pastu, then masuk UMS.. disini jumpa kawan dari sekolah menengah.. x pernah bertegur... tiba2 d UMS bercinta... weirdo~ tapi sama juga.. disini aku mengakui, memang salah aku.. pemanas... ha ha ha... aku harap aku x jadi pemanas lagi skang... he he he... now I'm with someone yang aku rasa sangat selesa... more than 2 year... ♥♥ hope bertahan lah hendaknya ♥♥ ... aawwWWW....!! xoxoxo !!
Wednesday, 11 May 2011
Perempuan Cakap Cantik, Lelaki Kata Tidak!
1. Bedak Asas & Foundation
Pastikan leher kamu juga diratakan dengan bedak asas & foundation sekiranya kamu tidak menggunakan tudung.. kamu tidak mahu kelihatan seperti seorang yang sedang memakai topeng bukan..?
2.Rambut Flowerhorn
Pastikan gaya ini sesuai dengan kamu! jangan plak luasLENDO tapi mau jua buat rambut flowerhorn.. betul2 x ngam!
3.Lipstick Oren
Kamu memang nampak berani! Tapi lelaki hanya menganggap kamu seorang yang pelik or Lady Gaga Wannabe! Be sexy! Use Red Rose or Pink! Lebih nampak highclass & natural
4,Alis Kening Yang Terlalu Halus
Ewww... Lelaki hanya menganggap kamu tersalah mencabut kening & terpaksa menutupnya semula dengan melukis kening kamu!
5.EyeShadow Yang Tebal
Eyeshadom terlebih dari landasan! elakkan! kecuali jika kamu memang pergi ke parti Halloween atau parti Masquerade
6.Pemerah Pipi
Pemerah pipi yang tebal! mengalahkan opera cina! opppss! pastikan pemerah pipi anda sesuai dengan keadaan~ pagi atau malam!
7.LipLiner
Elakkan memakai lipliner yang kontras dengan warna gincu atau bibir kamu! Bibir kamu hanya ada satu warna sahaja! Gunakan Lip Balm untuk penjagaan bibir~
Pastikan leher kamu juga diratakan dengan bedak asas & foundation sekiranya kamu tidak menggunakan tudung.. kamu tidak mahu kelihatan seperti seorang yang sedang memakai topeng bukan..?
2.Rambut Flowerhorn
Pastikan gaya ini sesuai dengan kamu! jangan plak luas
3.Lipstick Oren
Kamu memang nampak berani! Tapi lelaki hanya menganggap kamu seorang yang pelik or Lady Gaga Wannabe! Be sexy! Use Red Rose or Pink! Lebih nampak highclass & natural
4,Alis Kening Yang Terlalu Halus
Ewww... Lelaki hanya menganggap kamu tersalah mencabut kening & terpaksa menutupnya semula dengan melukis kening kamu!
5.EyeShadow Yang Tebal
Eyeshadom terlebih dari landasan! elakkan! kecuali jika kamu memang pergi ke parti Halloween atau parti Masquerade
6.Pemerah Pipi
Pemerah pipi yang tebal! mengalahkan opera cina! opppss! pastikan pemerah pipi anda sesuai dengan keadaan~ pagi atau malam!
7.LipLiner
Elakkan memakai lipliner yang kontras dengan warna gincu atau bibir kamu! Bibir kamu hanya ada satu warna sahaja! Gunakan Lip Balm untuk penjagaan bibir~
Tuesday, 10 May 2011
AKU SUKA Jil Sanders
Jil Sanders! Awwww....!!!! mau satu...? hu hu hu.. it's so expensive~ RM2450.00
super duper expensive.. tapi boleh kongsi cara pembuatan skirt ne.. jom! kongsi!
Here's how to make your own:
You need: 2m of fabric of maxi width (I used silk but you can use a cheaper fabric as long as it has a pretty drape), 2cm wide elastic for the waist, coloured thread matching the fabric, a needle, an iron.
1. Iron and pin down the edge of one of the long sides, this is where the elastic waist band will go.
2. Sew along this edge about 3cm back from the fold (I hand sewed but you can def use a machine if you have one)
3. Measure and cut the elastic to fit your waist.
4. Push the elastic through the waistband that has been made in the skirt, gathering and creating the pleat as you go.
5. Once all the fabric has been gathered onto the elastic, sew the elastic together to create the waistband.
6. Sew the tube of fabric together down the short edge which will be sitting like a split all the way up the skirt. I actually used hook and eyes to connect this edge, as this allows me to detach the edges and tie a knot or drape it into a midi/mini easily.
7. Finally, hem the skirt (I am yet to do this!) =)

Subscribe to:
Posts (Atom)